RSS Feed

Tutorial Cara Memakai KAIN BATIK

14

Saturday, March 26, 2011 by Ara Drew

Assallamualaikum/Salam sejahtera,

Untuk apa kita bertemu,jika hanya penuh derita,kepedihan di hatiku,mendayukan bicara asmara,kering layu bagai daunan,yang meniti sekilas usia.. ( Bila diburu kenangan- Samudera).

Holla amigos,hari ini aku nak buat satu tutorial. Oh man,seumur hidup aku..ini yang pertama aku buat tutorial kat blog ni. HUH, mudahan korang paham je k. Tutorial untuk gadis-gadis yang nak tahu sangat cara pemakaian kain batik ni. 'Wey,ko buat tuto pasal kain batik,ko pakai ke tidak dara?'. Ok aku mesti akan diajukan soalan macam ni nanti, ehem..aku sentiasa bersedia bila diasak soalan cepucemas macam ni geng. Retislah sangat kan haha. 'Bila nak start ni?' Heh,sabarlah dulu. Korang dah bosan dengar aku membebel ke?.

Dengan berani matinya aku buat tutorial pasal kain batik hari ni. Kalau lelaki nak ikut pun boleh sebab nak pakai kain pelekat jugakkan. Lelaki pakai kain pelekat is sungguh AUMMM. :D


Sebelum nak pakai kain batik,kena tahu mana kepala kain. Cara nak tahu kepala kain macam mana,adalah korang tengok je bunga dia. Bunga mesti bahagian atas dan dahannya bahagian bawah. Kalau korang pakai terbalik,tak pasal-pasal bakal mak mertua gelak haha.


Nampak tak jahitan kain tu?. Ada jugak kain batik yang sebelum beli belum dijahit dan ada jugak yang siap-siap dah jahit. Erk,aku nak cakap ape ni? hehe jahitan kain ni mestilah dibahagian dalam k.


Lepas tu korang tarik sikit kain macam dalam gambar diatas. Motip aku suruh tarik sikit sebab nanti tak lah masa kita dah lipat,juntaian kain terkeluar dekat kaki. Bak kata mak, 'Jangan biarkan hari selasa datang dahulu sebelum hari isnin'. Kamon,fikirlah maksudnya k.


Sejurus selepas itu (betul ke penanda wacana ni?), tangan sebelah kiri/kanan (ikut posisi masing-masing) tahan kain yang lebih tu. Sila abaikan katil bujang ditepi, dah kaya nanti baru nak tukar katil macam dalam Casa Impian tu hahaha.


Hey, anak dara sekalian tengok betul-betul ni, Jangan dok main mesej je!. Kain tadi korang bawak kesebelah sebab selepas ni kita nak kemaskan lipatan kain. 


Taraaaa,selitkan sedikit kain tadi agar kain tidak terlepas dan anda akan nampak seksi bogel hahaha. Ini baju dimasukkan kedalam kain, ada jugak baju diletakkan dibahagian luar. Taklah nampak sangat kemasan kain yang korang pakai kalau baju dibiarkan tanpa diletakkan dibahagian dalam.

Ya Allah, MAAF MAAF MAAF MAAF (buat muka macam AnnuarHadi). Aku memang tak pandai nak jelaskan sesi pembelajaran macam ni,mungkin sebab tu aku tak jadi cikgu kan. Kalau tak paham tanya je k, aku akan cuba jelaskan dengan bahasa masing-masing. Bahasa alien workshop takkan dilayan, sila harap maklum. Aku sebenarnya nak buat video tapi segan sangat-sangat adik korang ni tau lalala. 


Beginilah rupa paras kain batik apabila siap dipakaikan dibadan gebu gebas korang tu. Walaupun sekarang anak dara memang dah tak amalkan pemakaian kain batik tapi kita kena ambil tahu juga cara pemakaiannya. Janganlah nanti terkial-kial nak pakai. Aku pun bukannya pakai kain batik kat rumah sebab susah nak buat lompat bintang tapi sekurang-kurangnya aku pandai sikit kalau masa nak berkemban mandi tu. Ok akhir kata dari adik, "kalau nak hidup kene belajar buat sendiri" peace =..=V .

P/s: Terima kasih model tak berbayar dalam ni,jasamu akanku kenang masa dapat gaji. :D 


14 comments »

::nuRuLaDHar:: said...

nurul jarang pakai kain batik.. =.='

Paan Jr said...

tangan sape tu? ade inai ek?

Izyan Balqis said...

yeaahh!! hehe..tau pkai kain batik..tapi org utara cra pemakaian kain batik berbeza dengan org pantai brat, dn pntai timur...first bljar dlu guna cra utara, bila balik kmpung kt trgnu, kne gelak sebab pkai kepala kain kat depan..damn! haha~~

Nailah Azman said...

Tetap tak pandai! Pakai tak sampai 5 minit mesti dah terlondeh punya. Nasib mak mertua sporting. Kekeke.

darkbatman said...

hhaa.. bgs3.. ade tutorial pakai kain batik.. nice en3..

Dayat said...

jarang la pakai kain batik opss

Unknown said...

kenapa model tu macam tak de pinggang je..
heheheh...
larik....!!!!

Ayu Azira said...

..t follow me k..http://aziraismyname.blogspot.com/

Ferfarfer said...

kain batik. klasik tapi menawan kannnn

shahjiehan said...

thanks..
=)

ieza ashaari said...

dtg sini dr entry org.. pakai kain batik pun ada tuto.. power r korg nie.. huhu..

CikYut said...

Ada yg pakai kepala kain di belakang kan?
Konpiu sungguh!

Anonymous said...

Arwah nenek ajar – kalau anak dara pakailah kepala kain di tepi. Itu menunjukkan kita adalah anak dara.

Bila dah kawin tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana itu menunjukkan kita sudah mempunyai suami.

Namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain hadapan supaya orang tahu kita adalah janda

paksu said...

salah kot
anak dara kat depan
dah kawen kat belakang
janda kat kanan
balu kat kiri