RSS Feed

Aku yang sering dimalukan

14

Thursday, March 24, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Ada baik ka ini hari? Kalau baik muka kena ada sinyum ma. Nowaday, (ececeh TERcakap omputih pulak aku ni) aku sering saja kene peristiwa memalukan dalam hidup aku. Aku tak taulah kenapa. Nak kata kan aku memalukan diri, apa kejadah? buang tebiat nak mampus ke memalukan diri sendiri. Huhu,malu aku ni masih menebal setebal Kamus Dewan edisi ke 5 tau. Apa salahku! Apa dosaku! Kenapa perkara yang pelik-pelik sering berlaku dalam hidup aku.

Aku nak cerita peristiwa malu aku yang tak berapa nak hardcore sangatlah tapi untuk aku tu dah kira memalukan tahap digilis jentolak berkarat. Oklah aku cerita satu-satu ya. 

Pada satu hari yang dingin ni,kebetulan tempat keje dan kawasan sekitarnya tiba-tiba putus bekalan elektrik *yeay,aku suka* . Mula-mula masa aku turun keje, ada jugaklah dua orang budak ni pakai pc, tapi bila elektrik tiba-tiba takde,diorang mula blah terus. Haha,lepas diorang blah,aku mula buat projek sendiri dalam opis disebabkan nak menghabiskan sisa-sisa masa kerja. Tak baik balik awal,nanti di cop makan gaji buta. Aku apa lagi,terus ambil penyapu dan melalak sorang-sorang sambil dengar lagu yang didendangkan dari talipon genggam. Muka punyalah kusyuk nyanyi,tibe-tibe budak dua orang tadi datang balik. Erk, aku rasa diorang dengar aku nyanyi kot siap goyang-goyang penyapu lagi. Nampak sangat suara diorang bergetar masa tanya, 'kak elektrik dah ada ke?'. Arghhhhhh,aku masa tu rasa nak gigit je penyapu tu kasi lunyai jadi habuk. Malu sangat-sangat.


Dan peristiwa kedua pulak, haa yang ni malu sangat. Semalam semasa mak hantar aku pergi keje, biasanya aku akan duduk tumpang je dekat motosikal. Bukan aku tak pandai bawak moto tapi aku tak pandai nak hidupkan enjin je,haha banyaklah nak coverkan. Betul,kalau aku nak start enjin moto mesti rasa nak tercabut skru-skru dekat sendi kaki aku ni. Nak dipendekkan cerita,seperti biasa aku tumpang motosikal,aku tak pakai helmet tau. Haha mungkin disebabkan tempat keje aku dekat,aku meremehkan hal undang-undang ni hehe :) . Mak je yang selalu pakai helmet jadi sambil tumpang kat belakang tu aku selalu buat muka buruk ejek diri sendiri dekat helmet mak tu. Erk,paham tak? Alah buat muka paling hodoh sementara tunggu nak sampai tempat keje. Jadi masa aku tengah buat muka hodoh banyak kali dekat belakang helmet tu,adalah 2 orang mamat tiba-tiba melintas dekat kami. Diorang gelak halus je tengok aku. Demmmmm aku tau diorang mesti tengok aku buat muka hodoh tadi kan. Malunya aku masa tu,rasa nak terjun je dari moto tu dan digilis sampai penyek tengah jalan masa tu.


Sampai je dekat tempat keje,aku terus cepat-cepat naik. Derhaka betul,salam mak pun tak. Panas muka aku masa tu rasa nak masuk je dalam peti sejuk Mitshubitshi.

Ok itu jer peristiwa tak berapa nak hardcore saat aku malu. Sebenarnya ada lagi tapi aku malu sangat nak cite haha. Kalau korang ade peristiwa memalukan,silalah kongsi kat aku. Boleh jugak aku tolong gelakkan hahahaha. Kemain lagi kau dara nak gelakkan orang. Tata. 


14 comments »

Ezzah Memo said...

molah muka ngobek kat helmet, terkantoi d pertai leh org, cmya ka?? ehhe. lucu bha. :)

Amyna said...

kahh kah kah!!
Akak baca pun tergelak yunk.. apa lagi kalau dua mamat tu adalah akak.. pheww~~

Paan Jr said...

hahaha!! adoyaii!!!! hahahaha!! aku tak tau nak taip ape. gelak je lah hahaha

stoberycoklat said...

ahahha ko mang lawak dara weh....dh sah2 budak2 tu dengar sore ko yg 'merdu' tu kn bahhaha

Unknown said...

hahha..
tu la..buat lagi muka hodoh tu..
ahhha

Pojiepooh Abdullah said...

macam mana laaa cikdara buat muka buruk mesti comel kann! haha

PojiePooh; Hanya Satu...

Aula said...

Apapun u mmg best… hehe:) have a good morning laugh!!

Tima kacih!!

Ara Drew said...

memo: aok,mcm yalah..cun jk nya 2 mlimpas lalu tetak. huhu

Ara Drew said...

Amyna: arghhh akak kejam!

Ara Drew said...

paan: kemain..tolong gelak pulak dia.

Ara Drew said...

ieyda: arghhh kejam.suara aku merdu ape. *blom tahap guntur kilat lh* haha

Ara Drew said...

diana: dh jadi kebiasaan klau tgk helmet,mst nk buat muka mcm tu. skali kantoi daa :D

Ara Drew said...

pojie: xcomel. haha

Ara Drew said...

aula: erk..hehe welcome :)