RSS Feed

Kek Batik "CikDara"

25

Wednesday, February 16, 2011 by Ara Drew

Assalammulaikum/salam sejahtera.. Kita bertemu,kali ini untuk apa? Untuk tengok Cik Dara buat kuih yang paling simple di dunia. I dont know why,it so simple..haha

Dah2,tuan-tuan dan puan-puan, meh saya nak tunjuk sikit resepi buat Kek Batik Dara ni. Chewahh,glam betul nama kek ni. Biasalah u'all,biarpun kek biasa je ala-ala suam2 ujung kuku tapi nama mesti glam ok haha. 

Bahan-bahannya adalah:-

  • 1/2 kilo kacang mentah
  • 1 paket biskut Marie
  • setin susu manis
Wahhh,tersangatlah simple kan? kannnnnn? Bajet buat pun tak banyak. 

Cara membuatnya :-
  • Gorengkan kacang tadi didalam kuali tanpa menggunakan minyak. Tak nak minyak2 ok.
  • Goreng sampai rentung..eh eh,salah goreng sampai kuning. Alah,janji dah boleh makan ok lah tu.
  • Lepas tu,angkat dan kasi sejuk sebentar. So dalam menanti kacang tu sejuk, korang leh lah senam-senam sikit jari tu, patah-patahkan biskut Marie tadi. Patah 4 bahagian.
  • Kacang tadi dah sejuk sikit, korang boleh blender kasi halus.
  • Lepas blender, gaul sekali dalam biskut tadi.

  • Haaa,masa ni lah korang leh letak susu manis tadi. Ambek kau,letak je setin tu habis-habis.
  • Gaul dengan sebati ya sayang.. (gambar kecik adalah view setelah digaul).

  • Lepas tu,korang letak dalam bekas yang sesuwei ye. Penyek-penyekkanya kasi mampat dalam bekas tu.
  • Kalau nak senang masa mengerat nanti,letak plastik kat bawah dia so nanti senang nak keluarkan.
  • Untuk pengetahuan semua,kek batik ni tak dimasak tau. Bukan macam kek batik jawa tu. Kek ni korang letak je dalam peti sejuk. Nanti dia keras. Dah keras baru leh makan.
Wallah,sesuai sangat kek ni dengan title Dara kan? haha sebab memang simple sesimple simplenye..wah kata ganda tu. Kalau Nik Safiyah Karim baca,mau meraung dia.haha. 

Akhir kata dari Chef Dara, *pegang dada mata tengok atas* kalau nak hidup biar belajar buat sendiri.haha Tata titi tutu.

p/s: Kenapa ayat dalam entry ni macam Gewdix semacam ek? 


25 comments »

Amyna said...

Ohh.. dah siap rupanya. lazattt!!!!

Ara Drew said...

kak amyna: haha senang je. kelip mata dh siap.haha *ayat belagak giler*

stoberycoklat said...

mudahnyer...nk try arr..

mummy scha said...

yela senang jerk x yah masuk kuali nak masak...

Ara Drew said...

eiyda: kan...senang je.

Ara Drew said...

mummy scha: mmg xpyh masuk kuali..hehe

Adinda Baizura Mazlan said...

best, simple dan sedap.... nanti nak buat la..... nanti zura post kat dara biar dara rasa.... amacam?

Anonymous said...

ade kacang ni mesti sedap! leh terai pasni..

Ezzah Memo said...

mak memo molah special k memo sorang. *arum mbulak abis sebekas k memo makan. sedap.

memo atg malas nk molah. hehee. (:

Liyana Lunia said...

tk pernah terfikir dgn kacang pun boleh jadi kek batik kbai :((

Rokayah Zain said...

pakei susu ajak? salu ada milo nak? kacang ya kupak kulit ka sik? rasa nak coba lah..... ;))

Ara Drew said...

zura: wah,nak nak..haha

Ara Drew said...

mak dara: msti try..pastu ckp sedap ke tidak.hehe

Ara Drew said...

memo: aie aie,dhabisnya sorg mkn.haha nang rangkak

Ara Drew said...

kak ynn: haa,tu psllh.haha jnji leh mkn

Ara Drew said...

rokayah: mun k milo ya,men aruk. tk xmen aruk. kacang buang kulit pya2 jk

www.dunialandax.com said...

memang feberet betul kek batik ni..sebab kek ni je yang paling seng nak buat!hahaXD

yayalya said...

waah!! lain pulak yg ini...sy selalu bt letak milo, susu..yg nie letak kacang pulak..nak try lah nanti...

singgah dr SB

http://yayaitsmystory.blogspot.com/2011/02/jom-check-blog-korang-ada-virus-atau.html

lizz said...

hahahahahaha!!!rajin nyer cik dara!!! pandai buat kek batik rupenyer.huwaaa..terasa malu daku
-..-

Pejuang Kesenian Extreme said...

La,gambar kek yg dah siap (paparan lebih jelas) tak ada ke...

Melati Qistyna's Mummy said...

wahhh.... mmg simple dimple la nek...muehehehe.... leh la cu yg x wape rajen neh terai :P

SayaAnonymous said...

waaahhh..nampak sedap je..takmau belaja..nak suh orang umah je masak..kih3

Blinkky said...

Nampak macam senang nak buat. Tapi bila dah buat, mesti stop tengah-tengah jalan =)

fiqkbe said...

nyum3!! =D

Unknown said...

dah try buat.sedap & simple sesangat sesuai dgn n=budget yg ciput