RSS Feed

Bersediakah anda untuk berhijrah?

4

Monday, December 6, 2010 by Ara Drew

1 Muharam detik permulaan,
perpindahan kaum islam di Mekah,
penghijrahan nabi dan umat islam,
dari kota Mekah ke kota Madinah,

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
kaum muhajirin dan ansar bersatu,
rela berkorban..harta dan nyawa,
demi menegakkan islam tercinta.

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baru kita bagi semua orang islam. Bukan tahun baru kalendar omputih, tapi kalendar Hijrah. Dah siap-siap azam baru tak? Tak payahlah, cukuplah kita berazam,untuk memperbaiki diri dan berusaha lebih gigih agar kehidupan di dunia dan akhirat seimbang. Kehidupan di dunia kita kejar tapi jangan lupa dengan kehidupan di akhirat kelak.

Doa akhir tahun


DOA AWAL TAHUN 1432

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 

p/s: semoga kita semua diberkati selalu hendaknya..amin. 


4 comments »

Queen F said...

salam maal hijrah.. :)

terima kasih atas perkongsian.. :)

Cik Dara said...

queen f: salam maal hijrah

~SukEMakAn~ said...

amin!
selamat taun baru

Cik Dara said...

sukemakan: selamat tahun baru..