Surat cinta zaman moden
3Monday, June 28, 2010 by Ara Drew
Dalam kesuraman ultra lembayung tika 7 bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yg kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersam molekul2 hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yg xdpt dpisahkan. Malangnya pcintaan yg mendapat liputan meluas hgga ke planet ziku itu tlh mengundang ppisahan yg akhirnya tlh mngecewakan sluruh pnternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Afrika Selatan sdg bersiap sedia menjadi tuan rumah World Cup 2010.
Sesungguhnya ppisahan dlm kebahagian itu berpunca drp pnebangan pokok getah scra besar2an d Lembah Klang. Pemergianmu mnyebabkan aku mnghidap penyakit resdung dan Hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar stp masa sbg langkah keselamatan. Aku seperti xpercaya dgn apa yg terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku xda lg berfungsi stlhku tersungkur dlm percintaan yg berlarutan hgga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap d dlm gua yg gelap dan dtemani stlagit dan stlagmit yg bagaikan sembilu.
Kondominium cinta yg kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah stlh kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-2 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dgn abanag iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lg.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual2 dgn pokok betik utk mengisi masa lapang. Kadang2 aku mengikat botol oren pd tiang rumah agar nampak lbh cantik. Saban hari aku termenung ddlm peti sejuk mengenangkan dirimu yg entah kemana mnghilang. Aku cuba bermain badminton sambil mkn mee hailam utkmlupakanmu, tp aku xbdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah 4 ekor itik serati jiran sblh sbg tanda aku xbersalah.
Mengapa? mengapa syg? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa stlh hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sgga kau terbunuh dlm kmlngan cinta yg ngeri.Aku bgaikan thimpit dn dhimpit olh guni2 batu yg kau timpakan k atasblakangku.. Derita yg kau timpakan itu adalah bebanan yg tlalu berat utk aku tnggung bgaikan mndukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini sgla harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara kuala lumpur dan dhempap oleh menara berkembar Petronas lalu tsangkut dcelah landasan LRT & kmudiannya dgilis pula keretapi Komuter hgga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yg ku tempuhi.
Kini segalanya tlh pun berakhir. Aku sdr siapa aku,aku hanyalah insan biasa yg suka mkn mee sedap. Aku bkn McGyver, McDonald's, Superman @ Gaban. Aku juga bknlah Sailormoon spt yg kau idam2kan. Aku mnyedari kkurangan diri dan kkurangan kmudahan awam dtmpt sndiri. Tak perlu kau kesali lg kerana nasi sudah mnjadi capati dan tin sardin yg ku pegang ini tl luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dn smua hadiah pberianmu tmasuk enjin kapal selam tlh aku cincang dbuat makanan lembu.
Walaupun sglanya tlh pun berakhir, dsini, datas pokok getah ini aku ttp mnunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini,slgi ada kompleks mmbeli belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Search tidak berpecah,aku ttp mnunggumu sggalah mentari terbelah lapan. Namun aku mnyedari bhwa pnantianku hnyalah sia2 blaka. Akhirnya aku mngambil keputusan muktamad utk mnuggu tiang elektrik dhadapan rumahku bbuah. kalau tiang elektrik bbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. NAK TAK?
3 comments »
one word for u
SENGAL!!!!
hahaha..
well i donno y....
erk..apekah?
Post a Comment