RSS Feed

Perginya kau xkembali...

0

Saturday, May 1, 2010 by Ara Drew

pukul 1.58 tengahari, 1 May 2010;

Aku bru jer nk lelapkan mata tghari tu nk tdo ptg,

tiba-tiba mendapat panggilan dari adik lelaki yang ku panggil abang dalam keluarga kami..

panggilan yang tidak pernah ku sangka yang tiba-tiba menggentarkan seluruh sanubari aku ketika itu,

"embok,dengar cerita tak pasal along?"

"along dah meninggal baru jer kejap tadi"

Aku macam tak percaya apa yang aku dengar dari adikku pasal Along...

Hari isnin sebelum itu dia baru jer selamat melahirkan anak pertama dari perkahwinannya pada hujung tahun lepas...

Betapa gembiranya hati seorang ibu melihat cahaya mata kesayangan lahir melihat dunia,

entah kenapa si bayi yang dinamakan Mohd Ainul Lufti Zakuan seakan tergesa-gesa ingin melihat dunia sampaikan dia tidak cukup bulan..

aku melihat kebesaran Yang Maha Esa kali ini kerana kebiasaannya bayi tidak cukup bulan,beratnya tidaklah berat manakan tapi kali ini beratnya 4kg lebih dan tidak macam bayi tidak cukup bulan pun.

Si ibu mengalami komplikasi ketika melahirkan panglimanya itu dan diberikan bantuan pernafasan selepas bersalin dan diberitakan juga anaknya mengalami penyakit kuning..

Hari ini,si ibu tidak dapat lagi berjuang lagi dan mungkin Allah lebih sayangkan dia dan mengambilnya kembali kesisi-Nya semula..


Along [ Nurlidza bt Mohd Salleh];

perginya dirimu ketika putera mu tercungap-cungap mencari kasih seorang ibu,

perginya dirimu ketika suamimu masih mendambakan belaian kasih sayang seorang isteri,

perginya dirimu ketika kau belum dapat mengecap nikmat menyambut Hari Ibu bagi dirimu sendiri,

perginya engkau ketika kau mahu melihat putera mu membesar di depan matamu, 

mahu melihat dia merangkak,berjalan,memanggil perkataan pertama yang ingin kau dengar, melihatnya bersemangat membawa beg yang besar ke sekolah;

semua itu tinggal mimpi semata-mata..

apa yang tinggal kini hanya namamu yang terpahat dihatinya disemai dari kecil mengingatimu selalu..

Kau akan selalu dalam anganku, cousin ku yang kusayangi..

Senyummu kuingat dalam mimpiku,

Dirimu kuingat dalam doa-doaku...


AL-FATIHAH