RSS Feed

Showing posts with label ubat pink. Show all posts

Ubat pink dan botol panas

28

Friday, November 12, 2010 by Ara Drew

Alhamdulillah,Allah pinjamkan sekali lagi nyawa untuk kita hari ni. Sempat lagi aku nak buat entry hari ni untuk tatapan korang.
Memang semenjak dua menjak ni mood hilang disebabkan aku menggantikan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor di angkasa lepas stlh sekembalinya dia ke tanah air.. korang tak percayer?
percayalah..kasihmu lama tersulam..eh! masuk lagu Datuk Ct pulak..hehe

Dekat sekolah dulu, budak-budak lelaki cakap kalau budak perempuan 'cuti' sembahyang, bermakna budak perempuan tengah jadi angkasawan..haha pandai2 jer. Sebab tu aku cakap aku ganti Dato' SMS.. Aku kalau tengah duty angkasawan,memang mengalami sakit perut yang teramat sangat.. kata adik aku,sesunggut.. wey! salah tu deng.. SENGGUGUT lah..

Pil pink ni wajib ada

Kalau datang bulan dekat rumah tak menjadi masalah sebab aku boleh guling-guling macam video klip hindustan atas katil.. Belom lagi dengan pelbagai aksi menahan sakit,aleh2 dekat lantai jugak tempat aku akhirnya.
Kena dekat sekolah itulah yang payah sangat. Mak tak de nak buat talian hayat sebab jauh sangat jarak sekolah dengan rumah, so penyelesaiannya kawan-kawanlah yang bantu.
Ada satu tips yang kawan aku bagi kalau dtg senggugut ni. Guna botol plastik letak air panas dalam tu.


Ya,botol air mineral ataupun botol air berkarbonat yang sudah kosong tu. Aku pertama kali juga buat macam tu,kalau botol kaca lagi baik macam botol sos. Lega memang lega tapi itulah lambat kesannya. Tak salah kita mencuba dari tak buat apa2kan.


Aku pernah sampai demam akibat senggugut ni. Belom lagi part darah yang terlalu banyak,mau nak kebas kaki aku tengok darah. Mak aku cakap keturunan dia dulu memang ada kakak dia yang dapat senggugut teruk macam ni. sampai tak boleh nak buat apa2 keja.
So saranan aku,jangan sesekali ambil panadol selain panadol mensturual..sebab nanti boleh memberhentikan aliran darah..tak pasal2 sakit lain pulak..

p/s: mungkin sebab tu aku sampai sekarang tak sangkut2 jadi 'suster' kot,,bukan suster ngesot k..haha