RSS Feed

Showing posts with label cik dara. Show all posts

Dimana Cik Dara?

7

Friday, April 15, 2011 by Ara Drew

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Entry ringkas merungkai kemana perginya Cik Dara akan terjawap disini hari ni. Ramai yang menghantar beburung dirangkaian sosial burung yang menanyakan dimana perginya Cik Dara?

Saya telah mencari kenalan terdekat Cik Dara bagi menjelaskan serba sedikit tentang kehilangan beliau di dunia blog ni. Ok bersama saya kini adalah kenalan rapat beliau, iaitu Cik MM (bukan nama sebenar, kerana dia tak nak femes seperti Cik Dara).

(Thanks atuk google)

" Maafkan saya ya kalian semua, Cik Dara dan saya dah lama tak bertegur sapa,apatah lagi berlaga pipi. Jadi saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tak dapat membantu kalian semua mencari dia. Maaf sekali lagi." - Cik MM -

Huh,nampaknya Cik MM pun tak leh harap. Harapkan muka je cun tapi tak boleh nak tolong cari Cik Dara. Tak apa, saya masih ada banyak lagi kenalan terdekat Cik Dara yang boleh membantu mencari dimana Cik Dara bersembunyi. Yahhhhh! saya dah jumpa.

( Thanks atuk G)

Belly ( bukan nama sebenar anak kera Cik Dara), saya cuba menanyakan kemana perginya Cik Dara di arena blog ni tapi Belly asyik termenung macam gambar diatas. Macam mana nak tanya kalau buat muka macam tu kan. Cancel!


" Erk,kenapa kamu tak tanya jer dengan Power Rangers pink ni?" , tiba-tiba dikeriuhan suara-suara peminat fanatik bertanya. Haha,tak kose den nak tanya PR pink tu ok.


Ok malas saya nak gosip-gosip panjang, terimalah serangkap pantun dari saya,

Mak limah bermain kuda,
kuda ditunggang tidak bergigi,
kemana perginya CikDara kita,
hey,tak kose den nak cari!.

Jalan-jalan dengan skuter,
duduk belakang pegang partner,
sekarang dia bizi pilihanraye,
Ok semuwer doakan dier.

Hahahaha pantun aper ni? Tetiber je kiter tulis macam ni tau.

P/s: Lamanya tak tulis blog, masa dan masa serta masa tidak mengizinkan kita berjimba disini.lalalalala tata


Ubat pink dan botol panas

28

Friday, November 12, 2010 by Ara Drew

Alhamdulillah,Allah pinjamkan sekali lagi nyawa untuk kita hari ni. Sempat lagi aku nak buat entry hari ni untuk tatapan korang.
Memang semenjak dua menjak ni mood hilang disebabkan aku menggantikan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor di angkasa lepas stlh sekembalinya dia ke tanah air.. korang tak percayer?
percayalah..kasihmu lama tersulam..eh! masuk lagu Datuk Ct pulak..hehe

Dekat sekolah dulu, budak-budak lelaki cakap kalau budak perempuan 'cuti' sembahyang, bermakna budak perempuan tengah jadi angkasawan..haha pandai2 jer. Sebab tu aku cakap aku ganti Dato' SMS.. Aku kalau tengah duty angkasawan,memang mengalami sakit perut yang teramat sangat.. kata adik aku,sesunggut.. wey! salah tu deng.. SENGGUGUT lah..

Pil pink ni wajib ada

Kalau datang bulan dekat rumah tak menjadi masalah sebab aku boleh guling-guling macam video klip hindustan atas katil.. Belom lagi dengan pelbagai aksi menahan sakit,aleh2 dekat lantai jugak tempat aku akhirnya.
Kena dekat sekolah itulah yang payah sangat. Mak tak de nak buat talian hayat sebab jauh sangat jarak sekolah dengan rumah, so penyelesaiannya kawan-kawanlah yang bantu.
Ada satu tips yang kawan aku bagi kalau dtg senggugut ni. Guna botol plastik letak air panas dalam tu.


Ya,botol air mineral ataupun botol air berkarbonat yang sudah kosong tu. Aku pertama kali juga buat macam tu,kalau botol kaca lagi baik macam botol sos. Lega memang lega tapi itulah lambat kesannya. Tak salah kita mencuba dari tak buat apa2kan.


Aku pernah sampai demam akibat senggugut ni. Belom lagi part darah yang terlalu banyak,mau nak kebas kaki aku tengok darah. Mak aku cakap keturunan dia dulu memang ada kakak dia yang dapat senggugut teruk macam ni. sampai tak boleh nak buat apa2 keja.
So saranan aku,jangan sesekali ambil panadol selain panadol mensturual..sebab nanti boleh memberhentikan aliran darah..tak pasal2 sakit lain pulak..

p/s: mungkin sebab tu aku sampai sekarang tak sangkut2 jadi 'suster' kot,,bukan suster ngesot k..haha


Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku

7

Tuesday, November 2, 2010 by Ara Drew

Salam selasa semua..
Hari ni pekena roti canai dengan teh yang tak berapa panas sangat untuk sarapan.
Buka blog terus tengok entry dekat blog Mummynemo tentang blog review dari Gnesop ..
Terus menarik minat aku untuk menyertainya. Bukan apa, untuk mengiklankan blog Cik Dara yang ni kepada pembaca-pembaca sekalian.


 

Aku sangat minat masuk blog sop ni sebab banyak info tentang blog yang boleh kita ambil bagi meningkatkan prestasi blog kita. Cik Dara ingin sangat sop review blog ini bagi mengetahui sejauh mana prestasi dara selama berblog ini. 

Aku tahu,blog sop mempunyai potensinya tersendiri untuk aku join review ni.
Aku nak war-warkan ni,sapa-sapa yang nak blog nya direview,
mehlah datang terjah blog >>>>>sop<<<<< ini.

Serba sedikit boleh kita tau pendapat sop tentang blog kita dan traffik turut naik melalui blog beliau. 
 


Kau, Aku dan Tahi Mata

0

Monday, October 25, 2010 by Ara Drew

Isnin...memang satu-satunya hari dalam hidup aku sekarang aku cuti.
Kalau aku ada kapel,memang sah-sah terus mintak putus. betul tak?
sapa berani cakap betul,mai cni aku nak face to face..
Hari ini kali terakhir aku belajar memandu sebelum aku mengenali dunia jalanraya yang penuh pancaroba kat luar..adoi! Hiperbola sangat ayat.

Kali ini aku nak cerita pasal kawan baik aku sekarang ni,
dialah racun,dia jugalah penawar..cewah ayat..
dialah pensel,akulah pemadamnya,
dia pensel 2B,akulah mekanical pencil nya,
dia selipar jepun kuning,akulah sandal Bata nya,
dialah buku 3 lima, akulah kad kreditnya..

Tengok,betapa setianya aku kepada kau kawan.. 
Ko cakap kalau aku ni lelaki,mesti kita dah kapel sekarangkan..kan..kan..
nampak sangat aku ni caring dan setia pada ko..
haha tapi masalahnya aku ni hanyalah si gadis sunti yang sunyi hatinya..
aku tahu kita ni macam cerita kartun catdog tu,tapi balik-balik kita kan baik lagi kan?


Aku tahu ko kata setiap kali ko cakap,mesti kawan-kawan akan tidur..
Aku bukan bosan dengar ko cakap tak abih-abih tapi aku memang mempunyai genetik tidur yang amat radikal kuatnya,
mengalahkan ketika aku makan pil selsema..
Aku tahu ko sangat rimas bila hidung aku selalu basah tapi ko tak pernah tinggalkan aku kan?
ko tetap ada disisi aku dan aku selalu menyebarkan virus-virus kasih sayang kat ko..
Itu tandanya aku sangat sayang kat ko kawan ..


Ko selalu marah-marah aku sebab aku selalu mendendangkan nyanyian dari lubuk perut aku depan ko,
tapi aku tahu jauh disudut hatimu, ko mengagumi suara lunak aku kan????
haha..bukan apa kawan, akulah I-pod shuffle ko dikala kesunyian..
ko tak payah nak letak duit 50 cen dalam kotak lagu atau susah payah nak telefon stesen radio untuk dengar lagu kegemaran ko,
ko minta jer kat aku dan aku dengan sukarelanya nyanyi untuk ko..

Nadia binti Abdullah..
aku bukan penyair yang pandai menyusun ayat-ayat puitis,
aku juga bukan sasterawan yang pandai menulis bait-bait kata yang indah,
cukuplah ko kenal aku sebagai kawan ko yang dulu hingga sekarang..
dan sampai sekarang, I still remember what we did at school..haha 

p/s: Nak kenal dia,pergi jer kat sini ..kelahiran blog baru Nadia..