Showing posts with label kuning. Show all posts
Oh tidak,KUNING!
24Thursday, January 13, 2011 by Ara Drew
Aiyakkkkkk! ngaga mulut lepas bangun tido.
Tak de air liur separa basi k. Lama aku tinggalkan kekasih uganda aku ni, kesian dia aku tak jenguk selama ni. Oh blog ku!
Siapa ade dengar radio pagi tadi? sila angkat jari kelingking sebelah kiri..
Radio Hotfm.. Diorang ade borak pasal pantang pagi tadi kan? Siapa tak dengar tak ape, aku tak salahkan korang. Radio mahal sangat sekarang ni.haha
Haip! kenapa tiba-tiba keluar kad kuning ni? Aku tak pernah mengasari pemain lawan pun. Bukan ape k,aku nak cerita pasal pantang larang keluarga kami ni.
Abah ada cerita kat kami semua pasal pantang ni. Dia siap pesan kat anak-anak dia supaya kalau nak pilih barang atau buat sesuatu perkara, warna kuning menyala macam di atas tu mestilah dielakkan.
Aku kalau p jalan,mesti mata ni lepas kalau tengok Volkwagen kuning melimpas depan mata.
Mulalah siap tanya abah boleh ke tidak pakai warna kuning tu,dan abah terus jawap ;
'jangan nak memandai,pilih je warna lain!' (marah bebenorlah abah ni)
Mesti korang nak tahu kenapa family kami ni pantang warna kuning kan? Ok aku ambek 2 cerita yang aku ingat lah berkenaan warna kuning yang memberi kesan dalam hidup kami ni.
Cerita pertama, satu masa dahulu ada satu majlis perkahwinan sanak saudara keluarga kami ni, pelamin dia punyalah kuning menyala-nyala. *adeke kuning menyala2?*
Kira kuning macam ni lah. Semua yang ada atas pelamin tu berwarna kuning. Korang tahu ape jadi lepas tu? Korang tak tahu kan.hehe.. Pelamin tu habis roboh sebab tiba-tiba angin berserta hujan yang lebat merobohkan pelamin tu.
Paham2lah k,zaman dulu tak de maknanya nak celebrate kat dalam dewan. Kat luar rumah pun dah cukup. 1 lagi peristiwa hitam membabitkan warna kuning ni adalah mak aku sendiri.
Kawan baik dia bagi kain kuning untuk dibuat baju,sempena kawan dia ni nak kawen. Bukan banyak pun warna kuning kat kain tu tapi boleh kira menyerlahlah kuning dia kat situ.
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik ke rumah,mak aku tiba-tiba berhenti dalam 50meter je lagi nak sampai rumah kami. Kain yang dia pakai tu,tiba-tiba tersangkut dengan exzos motosikal. Berkali-kali diorang tarik tapi tak juga dapat. Last-last aku lari bawak kain batik mak,terus mak bersalin kain kat jalan tu jugak. Kain kuning tu,terpaksa digunting sebab memang dah tak dapat nak ambek cara halus lagi. Selamat tinggal kau kain.
Sebenarnya dalam hati aku ni kecewa jugak pasal pantang warna kuning ni. Mana tak nya, melepaslah aku nak kawen dengan anak raja. Mesti aku tak dapat nak pakai baju warna kuning.
Kami kalau nak pakai warna kuning ni boleh,tapi mesti ada warna lain yang mengiringinya. Contoh, kuning+hijau, kuning+merah, kuning+hitam dan lain-lain. Semalam aku jumpa berus gigi warna kuning kat dalam bilik simpan barang. Patutlah orang tak nak pakai,sedangkan berus tu masih baru lagi. Terpaksalah aku yang guna sebab nak tukar berus baru. Korang nak tahu,aku siap lilit dengan solotep hitam dekat gagang dia.
Tengok,betapa aku takut pantang ni benar-benar terjadi biarpun aku tahu hanya Allah yang lebih berkuasa dalam hal ni. Aku bukan apa,takut tiba-tiba aku pakai berus gigi kuning ni, kang tak pasal-pasal gigi aku habis luruh semua. Korang nak ke kawan dengan aku kalau gigi aku ronggak? *tunjuk sebaris gigi*
p/s: Aku ni serba salah kalau tak ikut pantang ni ibarat diluah mati mak,ditelan mati bapak.
Category kad kuning, kuning, pantang keluarga
