RSS Feed

Sabar - Superpower terungul

2

Saturday, March 31, 2012 by Ara Drew

Assallamualaikum/Salam Sejahtera,

Sekarang anda rasa marah sangat ke tidak bila mak abah tegur kita?
Sekarang anda rasa marah sangat ke tidak bila adik-adik kacau barang kita?
Sekarang anda rasa marah sangat ke tidak bila kawan-kawan cakap belakang kutuk kita?
Sekarang anda rasa nak marah sangat-sangat ke tidak?

Aku ada satu rahsia nak kasi tahu kepada anda semua. Shhhhh, ini rahsia kita-kita saja ok. *kait jari kelingking*. Tahu tak yang aku ada satu 'superpower' bila kita sekat semua rasa marah? Tak tahukan. Sabar. Itulah 'superpower' yang aku dapat bila tahan marah dan jangan biarkan virus marah menguasai diri. 



Bila perasaan marah dah mula menguasai diri, cepat-cepat guna kuasa SABAR sebelum virus marah merebak dan menyakiti orang lain. Marah ni macam 'Kyuubi Yoko' di dalam badan Naruto. Bila dia marah je, mulalah si Kyuubi tu merebak dan menguasai diri dia. Naruto tak menggunakan kuasa 'sabar' bila dia telah dikuasai Kyuubi dan akhirnya dia menyakiti semua disekeliling dia.

Itu salah satu contoh yang aku guna untuk menerangkan situasi dimana apabila kita marah je akan menyebabkan orang disekeliling kita turut merasa akibatnya. Marah berantai. Marah berantai bermaksud bila mak abah kita marah kita, kita geram dan lemparkan kemarahan itu terhadap adik kita pula dan adik kita marah juga akibat tak semena-mena dimarah tanpa usul periksa lalu menyepak kucing bagi melempiaskan kemarahan dia. Nampak tak apa yang menjadi mangsa? Kucing menjadi mangsa dari kemarahan yang bukan dia yang mulakan. 

Kesimpulannya di sini, jangan biarkan perasaan marah menguasai diri kerana impaknya nanti kepada orang lain yang tidak bersalah adalah lebih besar. Belajar untuk tahan sabar walaupun muka buruk sangat bila kita tahan sabar. Comel ok kalau muka merah tahan sabar dan jangan lupa senyum walaupun terpaksa. Sabar itu indah jika sudah biasa. Biasakan yang tidak biasa, jadikan yang biasa kepada kebiasaan. Jadi sekarang, siapa nak jadi 'superhero'? 

P/s : Ada yang cakap muka comel bila pipi merah. Dia tak tahu ke itu keadaan dimana kuasa Sabar telah digunakan? Ececeh, pandailah sangat kan. Dia juga tak tahu, mungkin masa tu tengah tahan berak. :D


2 comments »

Vanilla Chocolate said...

YES!that is the BEST superpower we could use! :)

Akim Iqbal said...

errr