Antara hormat dan takut
3Friday, March 23, 2012 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Hormat - Tiada niat untuk mengejek, mengumpat, marah, menyumpah atau memukul seseorang kerana kita ada rasa hormat yang tinggi kepada dia.
Takut - Ada niat untuk mengejek, mengumpat, memukul, marah atau menyumpah seranah seseorang apabila dibelakang dia tetapi apabila didepan pula seperti 'cencurut' yang pengecut.
Bagi aku definisi dua perkataan ini amat jelas bagi menjelaskan maksud yang ingin aku sampaikan. Aku bagi contoh, kita tak suka kepada seseorang ini tapi dalam masa yang sama kita tak berani untuk berdepan dengan dia bagi menyuarakan ketidakpuasan hati kita terhadap benda yang kita tak suka. Kita didefinisikan sebagai penakut. Kita kutuk dia bagai nak rak belakang dia tetapi bila sampai satu saat dia datang depan kita, kita seolah-olah orang yang paling takut di dunia. Itu yang aku nak katakan sebagai 'Gajah mengaku dialah Raja Rimba tapi takut dengan si Tikus yang kerdil'.
Hormat pula lain sekali daripada takut. Ada situasinya kita takut kepada ibubapa di rumah tetapi bila beroleh kebebasan diluar, kita tidak menghiraukan larangan dan pesanan mereka sewaktu di rumah. Itu bukan hormat tapi hanya takut. Jika kita hormat, di luar dan di dalam rumah pun kita akan menjaga batas dan tutur kata di depan dan di belakang mereka. Kita letak mereka di satu tempat dimana hormat adalah selayaknya untuk mereka.
Sama juga bila kita berkawan, kita hormat kawan kita sebagaimana kita hormat orang tua kita. Kita simpan rahsia mereka baik-baik, jaga aib mereka dan tau batas dan jangan 'terbabas'.
Kau hormat aku sebagai kawan apabila kau jujur dalam perhubungan. Kau berahsia aku tak kisah tapi jangan menipu.
Category monoloq
3 comments »
perasaan hormat lain daripada perasaan takut kan??
Persahabatan bergantung dengan kepercayaan juga.. ^^,
Ehemmmmmm. ;D
Post a Comment