RSS Feed

Buang rasa takut pada HANTU

7

Friday, July 8, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana 


( petikan lagu Hantu dari kumpulan M.I.X ) 

Hantu boleh dikatakan susuk ghaib dari kenalan paranormal kita. Hantu juga lebih popular apabila wajah dia lebih mengerunkan daripada Shrek dan keturunannya. Ironinya masyarakat kita lebih takutkan hantu daripada teguran ibu bapa. Erk, serius sungguh nada penulisan aku kali ni (gelak). Aku nak kata takut dengan hantu tak jugak tapi bolehlah takut sikit-sikit untuk mengelakkan sifat takbur dalam diri. Eh boleh ya kalau jawab macam ni?



Tahukah anda, jika anda tersedar dari lamunan pada jam 3 pagi, keberangkalian untuk berjumpa dengan hantu adalah amat tinggi? Hahahahaha ( gelak sambil gosok kedua telapak tangan ). Dulukan masa aku kecil, bila ada awan hitam berarak di kaki langit jadi masa itulah mak akan cakap, siapa yang tak berhenti nangis akan ditelan oleh awan hitam. Nasib baik sampai sekarang tak fobia. Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal ini tapi aku nak kasi tips untuk membuang rasa takut kepada hantu yang telah aku praktikkan sekian lama.
  • Jangan terlalu takut
Perkara ini selalu terjadi bila anda terlalu takut (Amboi, ber-anda anda lagi aku) . Biasalah kan kalau kita ada sifat takut di dalam diri tapi janganlah sampai hyper scary. Contohnya jika keseorangan di dalam rumah, mak aku selalu cakap iaitu takkan dalam rumah sendiri pun nak takut? Ada betulnya cakap mak tu, takkan dalam rumah sendiri pun nak takut. Jadi tanamkan dalam diri yang kita tak perlu takut bila berada dalam rumah sendiri, umpama kucing bila dia dah kencing dekat satu-satu tempat maka dialah yang berhak berkuasa dekat tempat tersebut. Samalah dengan korang bila berada di rumah sendiri. Hantu tu makhluk asing a.k.a alien workshop je jadi dia tak berhak nak memandai-mandai berkuasa dekat rumah kita.

  • Fikir rupa paras hantu
Ops, fikir rupa paras hantu? Maksud sebenar aku adalah cuba korang fikir jika hantu tu pada masa hidup dia seorang yang kacak/cantik, aku percaya mesti korang takkan takut dengan mana-mana hantu kan? Itu pun kalau korang kenal dengan si mati pada hayatnya haha. Alah, janganlah nak stress sangat fikir pasal muka hodoh diorang tu. Aku paling takut dengan hantu  senyum dari hantu muka hodoh jadi aku akan bayangkan yang hantu tu marah je maka aku tidak akan berasa takut. Oyeah, pandainya aku tenangkan diri sendiri.


 Ahhhhh, nak George Clooney jadi hantu untuk kacau aku! (motip : sebab minat)

  • Pembawakan cerita hantu
Pontianak harum sundal malam, Sundal bolong, Puaka peti ais Singer, Hantu tersepit microwave, adalah antara cerita hantu yang sedikit sebanyak yang akan menghantui korang bila lepas tengok. Tidak termasuk cerita hantu yang diceritakan oleh nenek kebayan dan puteri buluh paip yang akan meremangkan bulu roma korang serta merta. Cerita hantu biasalah motip diorang bercerita adalah untuk menakut - nakutkan jiwa penakut korang. Masa korang tengok filem, drama atau mendengar orang bercerita, cuba jangan menghayati sangat sebab keberangkalian korang akan terbawa - bawa di alam nyata adalah sangat tinggi. Anggaplah ianya hanya hiburan semata - mata.


Nek, boleh tak jangan dekat sangat macam ni?
  •  Buat - buat blur
Jika lalu di kawasan yang tersangatlah sunyi dan bekalan elektrik yang amat terhad sampai menyukarkan penglihatan korang untuk memandu dengan baik, apakah yang korang fikir masa itu? Aku percaya di fikiran korang masa tu hanyalah hantu dan bukannya perompak ataupun anjing yang akan lalu tiba - tiba kan? Potong kaki ayam dara kalau aku cakap salah. Jika korang berada dalam situasi macam tu, korang buat je blur ataupun tak punya perasaan. Aku selalu pratikkan bila aku bangun kencing tengah malam haha. Bila lalu je bahagian dapur, aku buat - buat tak pandang dapur dan jika dalam bilik air ada cermin (wajib ada), buat - buat pandang besen ke baldi ke untuk mengelakkan dari melihat muka sendiri yang berbedak sejuk.


Dah, aku rasa itu je point yang aku dapat setakat ini. Point itu semua aku dah pratikkan sendiri jadi aku hanya nak kongsi je dengan korang. Kita ni berkongsi dunia dengan mereka tapi yang membezakan dunia kita dengan mereka adalah dunia kita dunia nyata dan dunia mereka alam bunian. Ini tidak termasuk dengan ' dunia dalam genggaman kita, dunia di dalam genggamanku' uhhhh lagu komersial yang paling aku tak suka. Oleh itu kita harus percaya bahawa mereka tetap ada tetapi part hantu ni jangan percaya sangat sebab hantu tu mainan iblis/syaitan.

p/s : Kacang Hantu tiada kaitan dengan kacang yang pabila matinya menjadi hantu. Sekian. 


7 comments »

Adha said...

x pernah jumpa hantu tapi selalu rasa hantu tu tengok aq hehe..
tapi kalau jumpa face to face pon rasanye cuak jugak..lagi2 pocong pehhh ketar lutut tu...

LynnAiza said...

ada pengalaman la jugak sekali pasal hantu2 ni.time kecik2 dulu.seram kot igt2 balik.hahhaa

LynnAiza said...

ada pengalaman la jugak sekali pasal hantu2 ni.time kecik2 dulu.seram kot igt2 balik.hahhaa

Umie Nadhirah said...

nice tips...

aku baru 1st time jumpa hantu tahun ni kat rumah haunted auntie :(

Dauspozi said...

Kerana time kecik² selalu dimomokkan dengan citer hantu... Kalau tido lewat, puteri bunian tegur... Kalau senja, still main kat luar = nanti anak jin culik... huhuhu.. Sebab tu la bila dah besar, jd agak penakut..

BTW, thanks kak Darew pujaan terunew.. untuk tips tersebut... Akan ku praktikkan...

P/s: Tolong! Awekku hantu kopek!

Anonymous said...

hahah bes...
do follow me :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

terus terang akak mmg penakut..