RSS Feed

Kuasa Adiwira Yang Kumahu

7

Thursday, June 16, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Adakah anda mempunyai Twitter? Masih buntu cara menggunakan laman sosial ini? Malu untuk beralih arah meneroka laman sosial ini? Hoi...dah ape kejadah pengenalan macam takde kaitan dengan tajuk? Hello cik kak, encik abang, abah aku ada cakap sebelum kita buat apa-apa kena ambil mood orang yang ingin membaca tulisan kita atau mendengar percakapan kita. Bukan apa aku cakap pasal twitter tapi aku nak cakap pasal satu trending dekat alam twitter sekarang iaitu #mysuperpowerwouldbe atau dalam bahasa ibundanya adalah 'kuasa super saya akan' berdasarkan google translate haha.

Disebabkan aku ni memang minat bab-bab cerita imajinasi kuasa ganas ni, jadi aku tersangatlah teruja nak buat entry kali ini. Aku akan senaraikan empat watak adiwira yang aku suka sangat dan jangan ada cakap-cakap belakang yang akan aku dengar menghina mereka. Tetibe emo apesal? 

  • Superman
''Superman bukak baju nampak n*n*n'' , bait-bait lirik lagu gubahan budak-budak yang tak puas hati dengan adiwira kesayangan aku ini. Dia jadi calon teratas yang aku pilih sebab kegilaan aku dengan kartun nya satu masa dahulu disambung lagi dengan movie serta drama bersiri Smallville menyebabkan aku seperti melekat dikaca televisyen. Kuasa dia memang kira lengkaplah kalau diperturunkan kepada aku ni. Mana taknya dia ada kuasa lari laju, mata berapi dicampur sekali dengan mata X-ray, daya dengar yang tajam, kuat urat dawai tulang besi, terbang pun dapat dan paling utama ilmu kebal tu nokkk. Seperti naluri wanita normal diluar sana memang seharusnya aku suka melihat pelakon siri tv ini iaitu Dean Cain. Hahaha dan aku dapat tahu Tok Ti kita, ah siapa lagi Dato' Siti Nurhaliza memang minat sangat dengan Dean Cain ni dan aku anggap dia musuh ketat aku terus.


Dont worry Darra (slang inggeris), i'll capture u from down here
  
  •  Storm
Yeah watak wanita dalam siri X-Men yang mengilai wolverine. Erk aku rasalah takpun tak betul tapi kalau betul sila cakap YA ok. Ah, peduli apa aku korang tak minat ini pilihan aku ok. Kurang ajar punya bahasa hehe. Aku pilih nak minta kuasa ini dari Storm sebab, sebab, sebab naluri wanita yang sentiasa berperang dengan cuaca. Korang paham maksud aku. Sebagai bakal ibu dimasa masa masa hadapan, aku memilih dia kerana jika korang cuci baju dengan banyak dan tiba-tiba tengah syok menjemur, rummmm hujan dengan lebat turun dan men-spoiled kan mood korang. Tengok, bila ada kuasa storm aku akan serta merta menukarkan cuaca didaerah atau kawasan aku JER demi ingin mengeringkan cucian aku. Tapi, ada tapi nya dalam hal ini, jangan sesekali menidakkan kuasa Allah s.w.t. Ini hanya dalam lingkungan imajinasi aja donk,ngak memberi arti apa-apa.
  • Beast
Entah kenapa aku minat sangat-sangat-sangat dengan watak siri X-men yang satu ini pun aku tak tahu. Bukan sebab badan ketak-ketak berwarna birunya yang tiada kaitan dengan lagu bila bulan berwarna biru tetapi aku minat pada akal fikiran watak ini. Dia punya kuasa adalah Animal-like physiology, Superhuman strength, speed, stamina, agility, durability, senses and dexterity, Genius-level intellect, Regenerative healing factor, Pheromone manipulation, razor sharp claws and teeth. Kemain omputeh punya bahasa yang aku cilok dari wikipedia. Dia ni pandai berpuisi tau dan aku ni hati tisu sikit kalau adiwira pandai berpuisi ni. Jadi kesimpulannya aku nak sangat ambil otak Beast ni boleh?


Ingat senang-senang nak ambil otak aku ni hatta sekelumit? 

  •  Huntress
Anak hasil dari hubungan halal Batman dan Catwoman ( aku rasalah dan aku yakin serta kunci ayat ini) iaitu  Helena Kyle. Dia ini separuh je mutan disebabkan abah dia, cewah abah ( ko hado?) adalah manusia biasa dan mak dia adalah mutan cinonet je dari kucing. Bila abah dia kelawar ehem-ehem dengan kucing jadilah burung pemangsa iaitu anak dia si Huntress ni. Jangan nak cuba-cuba tanya kenapa gabungan genetik dua manusia aneh ni melahirkan kuasa burung. Aku suka watak dia yang berhati batu dan tidak sesekali menyokong satu sifat buruk dalam hati dia iaitu Bencikan Ayah. Bagi yang pernah tengok cerita ini dalam Tv siri 'Birds of prey' korang akan tahu apa yang aku cakap ni. Dia dijaga oleh emaknya si catwoman tu tanpa dia mengetahui siapa ayahnya. Kira dia ada sebablah untuk bencikan si abah dia ni. Kuasa dia yang aku suka ialah penglihatan malam a.k.a night vision. Aku ni dahlah silau bila terlalu banyak cahaya melalui mata jadi dengan kuasa yang sebegini amat sesuailah untuk aku oyeah!


Motip aku besarkan sikit gambar dia ni tiada kaitan langsung pun pasal aku nak jadi seperti dia. Sifat dia ni aku suka dan ada ala-ala Lois Lane 'gerek' ( kekasih ) Clark Kane hehehe. Lagi-lagi Superman dan jangan salahkan aku kalau aku bias banyak dekat dia je.

Akhir kata dari aku otak komik, siapakah adiwira pujaan hati korang? 

P/s: 'Darra' slang melayu omputeh bila fida sebut nama aku. 


7 comments »

LynnAiza said...

keluang man ok x?hahha.amik hero kampung sudah. ;))

p/s:mesti comey fida sebut 'darra'.nak dengar jugakkkk.haha

Ara Drew said...

lynn: keluang man pomboley haha. haha shhh nnti dia dengar.lalala

stoberycoklat said...

adiwara tu hapeee??? adiputra aku kenal lah weehhh..hahaha
aku suka doremon boleh?? ;p

Dauspozi said...

Hai... saya superman spender ijau.. nak meminang cik dawweee..

akubiomed said...

Tak salah berangan-angan jadi adiwira. Bukan kena bayar pun :-)

Admin said...

Spiderman!!! huhu

Unknown said...

compim cik dara tak pernah tgk beast masa muda2 lagi kan?