RSS Feed

Fenomena Kak Lehot ( Kau tek kacakkkkk? )

6

Wednesday, June 29, 2011 by Ara Drew

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Ya Rabbi, bertemu semula kita hari ini ya kawan-kawan. Alhamdulillah Allah s.w.t meminjamkan lagi nafas untuk kita hari ini. Aku nak kongsi satu fenomena terhangat dekat Sarawak seminggu dua ni iaitu fenomena KAK LEHOT  oiiii. Bagi yang perasan seminggu ni aku asyik tweet pasal kak Lehot memang akan tahu siapa yang aku perkatakan ni. Kawan - kawan aku dari semenanjung yang tak tahu apa-apa pasal kak Lehot pun turut terjebak sama. Diorang antara pelajar tidak rasmi aku dalam pembelajaran bahasa Sarawak. 

Gambaran pelukis tentang wanita misteri ini

Kak Lehot ni sebenarnya bukan deyjay apatah lagi artis/retis tapi dia hanya juruhebah jemputan bagi slot Zon Inggar jam 8:30 pagi di Radio CatFm. Dia ini bolehlah dikatakan seperti Kiah Propa kalau dekat semenanjung tapi dia tak bercerita pasal gosip artis tetapi bercerita tentang satu-satu isu seperti isu dera, rempit, talipon dan sebagainya. Bagi yang memang tak pernah dengar langsung atau tak pernah belajar walau sepatah haram bahasa Sarawak, bila dengar kak Lehot bersuara mesti akan blur - blur ayam kot. Dia bercakap dengan speed yang laju dan slot dia hanya di hadkan untuk 4 minit je jadi jangan hairan kalau dia bercakap dengan lajunya mengalahkan pelumba F1.  Disebabkan fenomena kak Lehot ini aku mula setkan alarm jam dari isnin sampai jumaat (motip?) haha.


Trendmark dia paling meletup adalah ' kau tek kacakkkkkkk?'. Contohnya dalam isu ber'facebook dia hangin betul-betul dengan karenah orang ramai yang mempunyai akaun laman sosial ni. 'Kau tek kacakkkkkk nganok orang dalam pesbuk' maksudnya adalah 'kau tu cantik/kacak mencaci orang lain dekat facebook. 

Tengok, antara peminat setia siap lukis untuk dia lagi ( gambar cilok dari FB )
 
Alahai comel jugak budak kat atas ni kan? *angguk kepala* haha. Ramai peminat-peminat dia nak tahu siapa sebenarnya gerangan Kak Lehot ni tapi aku rasa baik Kak Lehot sembunyikan identiti je sampai bila-bila, seperti kata pepatah yang pandai-pandai aku buat 'misteri lebih indah andai tidak diketahui umum' eh, pandaikan? Dia memang lain dari yang lain sebab biarpun mulut laser banyak (bukan sikit) kerana dia tak cerita pasal artis secara khasnya tapi dia cerita tentang kehidupan dan rona masyarakat sekeliling.
 
 
Jadi aku selitkan salah satu slot dia yang paling lucu dan mudah difahami rakan-rakan malaya aku di doniaaa ni 'BAHANA FACEBOOK'. Jika ingin mendengar selebihnya, bolehlah pergi terus ke Youtube ataupun FanPage Rasmi Kak Lehot ataupun laman sesawang CatFm. Akhir kata dari aku, muka khau tek kachaaaakkkkkk? ( Mintak ampun dari Kak Lehot ) :D
 


6 comments »

marvicn.com said...

'muka kena ngereka' ... hahaha.. i listen to her online this morning :)

shay_muris said...

nang best..hidup kak lehot..

Pojiepooh Abdullah said...

kelakarlah Kak Lehot nih, thanks CikDara mengimbau kenangan kawan aku yang kecoh cam Kak Lehot

PojiePooh; Hanya Satu...

Dakjaat said...

biasa jer... tak meletop pon?

Anonymous said...

Hahaha.. Saya dok kat Miri.. Salu jugak dengar member2 sebut pasal Kak Lehot ni.. Tapi tak tau pon sape die Kak Lehot ni.. Tetiba tergerak plak hati nak search kat Google.. Lalu terjumpa la blog ni.. Bila baca blog ni baru la saya faham APA ITU KAK LEHOT yang salu meniti di bibir n FB member2 di Miri ni.. Terima kasih atas info ni.. :)

Anonymous said...

sapa si haram jadah lehot ni?? barua !!..suara sebijik macam pondan..