Showing posts with label filem terbaru KRU Studio. Show all posts
Perkara yang kita pelajari dari filem
1Sunday, May 15, 2011 by Ara Drew
Assallammualaikum/Salam Sejahtera,
Kepada semua pembaca blog Cik Dara hari ini,anda sihat semuanya? Kalau tak sihat sila makan pil chi-kiteun ya,entah betul tidak ape yang aku tulis ni. Lama sangat aku tak menulis di sini, merapu meraban, mentunggang-terbalikkan emosi di sini. So,hari ni nak tulis pasal filem. Wahhhh,hebak mu ni. Mu cite pasal filem pulak haha.
Di sini aku senaraikan perkara yang tak masuk akal di kepala otak aku ni pasal filem omputeh ya kawan-kawan.
- Bom
Selalunyakan kalau cite omputeh ni,kalau tak ade scene bom tangan ke bom jangka memang tak rock lah kan. Mana ganas kalau tak ada scene baling-baling bom ataupun aksi berpeluh ketiak nak rungkaikan mana satu wayar yang betul nak dikerat,tu kalau part bom jangkalah. Jangan risau, biasanya di akhir cerita hero/heroin akan betul punya potong wayar bom tu sebab takkan diorang nak matikan watak hero/heroin cepat-cepatkan. Kalau hero/heroin mati, cepat habislah cite tu.
Potong wayar merah kot,erk takpun wayar kuning 0_o
- Polis
Haaaa,kalau tak ada polis manakan ada penjahatnya. Watak polis seakan-akan wajib pulak dalam setiap filem. Weyyy,RELA tak pulak aku nampak dalam filem. Erk,mungkin diorang takde RELA kat sana kot. Dalam setiap penyiasatan, korang akan nampak pihak polis akan singgah dekat kelab/pub walaupun hanya sekali. Seakan wajiblah pulak singgah sini,dah order air minumnya tidak. Membazir amalan syaitonirajim.
- Shopping
Part shopping2 ni aku suka kalau cite omputeh. Diorang mesti main ambil je barang-barang tanpa melihat tanda harga ataupun tarikh luput sekalipun. Kang termakan yang dah expired date baru kau tau wey! Tapi yang paling bestnya, perhati ke tidak korang dalam setiap beg kertas tu, mesti terselit sebatang roti Perancis. Erk,kan?
Tengok tak ni sayang? I beli roti ni kita makan dengan kari ikan k.
- Eiffel Tower
Ok, korang dah makin bosan tak baca penjelasan aku ni? Kalau bosan sila cuci muka serta jangan lupa tahi mata sebelah kanan buang sekali k kekekeke. Haaa, yang ni paling mak nak meroyan jap. Ada ka patut setiap kali kita tengok diorang buat cite dekat Paris, Menara Eiffel boleh dilihat dari setiap jendela di Paris. Haaa, tak logik betul. Konon-konon nak tunjuk kebenaran diorang buat pengambaran dekat Parislah. Kenapa tak letak je minyak wangi Echanter ( betul ke ejaan ni?) dekat tepi pun aku dah percaya sikit.
- Tarian
Kahkah, aku ni betul-betul hentam benda ni ke? Ok,ce serius sikit dara! Korang mesti terfikirkan kalau setiap kali cite muzikal,kalau diorang menari dekat jalanan, tetibe pulak makcik tua,budak-budak, takpun remaja yang tengah main guli tepi parit punyalah kusyuk main tiba-tiba tahu gerak langkah tarian yang korang dok tari kan. Adoi,bila masa pulak rehersal ni cik kak oi?
Dah-dah, dah lama tak tulis blog memang macam ni. Idea pun ntah ape-ape tapi nak kata bersawang tak jugak sebab aku ade gajikan Janda Hitam ( Black Widow ) kat sini so kalau nampak bersawang sikit-sikit aku tembak je dia gune senapang gajah.
Semangat menulis aku dah semakin berkobar-kobar seperti bersemangatnya petani membanting tulang menanam padi di sawah kerana 'sebutir nasi bersamaan setitik peluh petani'. Takde kaitan lansung aaaaaa, ko memang. Cilok ayat Umairah Aishah jap haha.
Tatata,sekian;
Yang Menulis.
Category filem english, filem terbaru KRU Studio
Tiba-tiba aku senyum tengok citer macam ni....
8Wednesday, September 22, 2010 by Ara Drew
Watak-watak Magika...
+ Diana Danielle
+ Fahmi
+ Mawi sebagai Badang {mesti lepas telan muntah Jin..erkkk??}
+ Ziana Zain a.k.a Jenab Jen sebagai Nenek Kebayan..{hahaha part ni aku suke..aku glamer sebab jenab jen jadi aku...}
+ Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang yang gemuk..haha
+ Adibah Noor
+ Maya Karin sebagai Puteri Bunian
+ Vanidah Imran
+ Sharifah Amani dan Sharifah Aleya sebagai Bawang merah dan putih..
+ Nabil sebagai Orang minyak
+ M. Nasir sebagai penjaga tasik chini
+ Saiful apek sebagai Hang Tuah
+ Senario sebagai Hulubalang Melaka
+ Aznil Hj Nawawi
+ Kru pon ade...
Dan banyak lagi watak yang dikenali..
aku baru jer tengok preview filem ni tadi dan hati aku seperti ditarik2 untuk melihat citer ni..
Aku ni jarang nak ambek tahu pasal citer2 macam ni sebab citer sebelum ni seperti Cicakman,Jin Notti, dan citer seangkatan dengannya aku tak minat tengok..
Yes! oleh kerana Jenab Jen jadi aku dalam alam fana,so aku nak tengok..hahaha
Edry buat citer ni so aku suke sebab aku memang tangkap cintan dengan dia dari dulu..huhuhu XD {jangan nak cube2 muntah}
Category filem terbaru KRU Studio, Magica