RSS Feed

Showing posts with label bedak cina. Show all posts

Nah aku kasi tips cerahkan wajah

12

Friday, November 5, 2010 by Ara Drew

Hari ni mood nak bagi petua kecantikan pulak..haha
bukan aku yang bagi tapi nenek kebayan yang kasi petua ni, aku yang taip. Al-maklumlah dia kenal huruf N dan K jer..haha

Bukan apa,aku teringat masa kat asrama dulu. Biasalahkan budak-budak perempuan kalau yang dah akil baligh ni, jiwa dia nak bersolek ni dah macam mengeletek kat dalam sanubari masing-masing. Tengok kawan sebelah semacam jer 'hot', cemburu juga kat hati. Mulalah dah pasang niat nak gesel-gesel kat mak suruh beli 'make-up' kononnya.


Paling 'koman' beli bedak ni jer pun tak pe. Seingat aku dulu 50sen jer kot. Perbetulkan aku balik kalau salah. Mula-mula tengok bedak ni masa nenek aku pakai, dalam hati masa tu bukan nak pakai pun. Biasalah budak-budak lagi. Aku pakat dengan adik aku pergi patahkan sikit untuk kami buat contengan kat  kaki..haha bedak tu kan putih sangat,memang macam kapur kat sekolah lah. Bila dah menginjak remaja baru nak terhegeh-hegeh suruh mak beli dan bila pakai jer tebal-tebal, merah semacam muka. Ala-ala opera cina dah orang tengok.

Kalau dekat asrama dulu masa aku tingkatan 6, budak-budak dah matang. Aku sebilik dengan budak-budak tingkatan 5. Kira mereka ni juniorlah, {junior ape ke bende,nampak lebih matang dari aku adalah}.. Diorang tak pakai bedak ni sajer tapi diorang tempek dengan krim dulu.. krim aper? taraaaa...


Krim Fair and Lovely.. Digunakan zaman berzaman,sampailah sekarang. Ya,diorang akan tempek krim ni dulu barulah tempek dengan bedak 'amoi' diluarnya. Hasilnya memang buat muka nampak cerah secerah cerahnya..haha Jangan pakai tebal sangat,nanti orang ingat korang join pementasan opera pulak.. sekian dari rancangan rahsia nenek kebayan..

p/s: aku dulu hingga sekarang tak dapat pakai bedak tu sebab tangan mudah berpeluh dan mulalah rasa kasar lepas tu..huhu maafkan aku kerana, tak menyukainya..