RSS Feed

Kawen,kawen,kawen..aku bila lagi?

6

Friday, April 29, 2011 by Ara Drew

Assalammualikum/Salam sejahtera,

Olla amigos yippa-yippa andre andre,scooby do bi do, where are you? we got some job to do!. Sila abaikan intro setelah lama tak melepas gian menulis di sini. Hari ini semua dok busy ambil tempat depan kaca televisyen kan? Semua nak tengok perkahwinan diraja so sape nak tengok perkahwinan aku?.

Hari ini sepupu sebelah mak,merangkap anak buah mak dari kakak dia yang paling tua menikah. Korang paham tak salasilah yang aku terangkan tadi?. Umur dia baru je 18 tahun,lepasan sijil SPM tahun ni. Wow,muda lagi dah menikah. Ayat ni bukan berbaur cemburu, jauh sekali bernada iri hati tapi aku rasa diorang muda sangat nak bernikah tau. Ok aku bagi 2 sebab musabab sebab apa aku rasa muda sangat-sangat. Pendapat aku aje k.

 (- awak,kite lepas ni honeymoon dekat Uganda je k. Belum pernah orang buat honeymoon kat sana- )
  •  Keputusan Terburu-buru
Aku tahu yang nafsu nak menikah tu kuat sangat kalau budak-budak lepasan sekolah ni. Diorang akan rasa dah sampai nya masa kita jangan main 'pondok-pondok' lagi,so apa kata kita menikah je lagi bagus dari tambah dosa kan. Diorang pernah tak terfikir kalau dua-dua tersangatlah muda, pekerjaan belum ada lagi serta taraf hidup yang masih belum stabil tapi dah buat keputusan nak kawen? Aku mengerti yang jodoh tu kalau dah sampai, kita memang tak dapat nak mengelaknya tapi, ada tapinya dalam hal ini, pernah tak diorang terfikir perjalanan hidup selepas mereka mengikat tali pernikahan itu nanti?. Pernah tak diorang terfikir apa yang akan diorang makan apabila lepas kawen nanti? Aku paham yang rezeki Allah ada dimana-mana tapi dapatkah diorang mengharunginya nanti. Aku cuma takut diorang yang kawen muda ni akan menyusahkan kedua ibu bapa selepas itu je. 

Pokoknya di sini, kalau nak kawen muda kenalah fikir masak-masak dulu, bukan fikir seperti kita bermain masak-masak masa kecil dulu. Senario anak menyusahkan ibu bapa selepas kawen ni aku dah tengok depan mata. Aku cuma kesian je,dengan mak ayah yang terpaksa menyara anak-anak selepas kawen padahal itu bukan tanggungjawap mereka lagi. Ini pendapat aku yang daif serta masih SINGLE ini ya hahaha. 
  •  Dah puas ke hidup zaman remaja?
Zaman remaja hanya sekali. Memang pun sekali, tak adenya nak 2 3 kali zaman remaja, lainlah kalau yang tua bangka merasa dirinya muda remaja. Ok yang tak termasuk dalam kiraan k. Dah puas ke merasa nikmat zaman remaja?. Aku bukan apa, aku cuma takut remaja-remaja yang kawen muda sangat ni masa lepas menikah diorang akan terikut-ikut zaman remaja mereka dulu. Contohnya disini, kalau diorang dah dapat anak,konon-kononnya lah kalau dah dapat anak, tak cemburu ke tengok kawan-kawan remaja yang lain menghabiskan zaman remaja diorang dengan bergembira dengan rakan-rakan (maksud aku dengan cara yang berfaedah ok) ? . 

Aku cuma takut diorang bila dah dapat anak nanti,anak ditinggalkan semata-mata menyesal sebab meninggalkan zaman remaja begitu sahaja. 'Uh,ape ni..penat tau jaga anak, I pun nak keluar dengan kawan-kawan I masa ni' (dialog yang pandai-pandai aku buat). Jangan pulak nanti anak entah kemana, keluarga entah kemana. 

Ape ni,aku rasa macam tak kena je point yang aku bagi. Aku sebenarnya nak terang cara lain tapi macam itu je yang aku tahu hahaha.  Jangan dok hentam aku sangat-sangat lepas ni k. 

Sebenarnya aku kecewa sangat-sangat sebab tak dapat nak tengok 2 pernikahan ni. Pernikahan sepupu aku dan pernikahan anak raja tu (royal wedding).

Will : You tau tak yang i belasah nyamuk yang cuba gigit u hari tu macam ni tau. U nampak tak i buat macam ni?

Kate : Hahahaha u ni lucu lah (padahal nak jaga hati bakal husband) 

Sweetkan diorang? Sape berani cakap tak sweet aku paksa korang jadi askar bulu-bulu depan pagar istana tu!

So sekianlah liputan CikDara dari Kota London dari Tv plasma 57 inci. 

 


6 comments »

a.R said...

aih..bile la org nak pinang aku..kehkehkeh..~

Unknown said...

nk kwen gak....

Amoi said...

awal awal lagi cinta ai dah kena reject dengan wills.

ai macam tawar hati nak pergi wedding tu tahu tak walaupun wills banyak kali telefon suruh datang.

dia kata dengan ai the bygones left bygones. wah wah wah.

tapi apa nak buat. kalau kad kawin tu datang dengan tiket flight ke UK, dah tentu ai pergi tahu tak!

sekarang ni ai hanya mampu mendoakan kebahagiaan wills dengan kate :D

Lizz said...

nak kawen dengan dinding jelah camni.hahahaha!!! cik dara muda lagi kot. me 27 dah.takpela, jodoh ni serahkan pada Allah.

kucing said...

sapa nak kawen ngan aku?

Gayahspears said...

amboi... hahaha
mood kawen ka skrg nie?? pelik2