RSS Feed

Cerita disebalik air mata kucing

0

Thursday, December 15, 2011 by Ara Drew

Di suatu hutan kering kontang :

Jam 00:14 pagi,

Rika menemui satu 'scroll' lama yang terselit dicelah ranting kayu manis. Aku syak itulah kayu manis yang kita gunakan untuk buat kari ayam. Aku syak je. Berbekal ilmu kebal yang penuh didada, Rika gagahkan diri mengambil 'scroll' tersebut. "Hakkkkcummmm, leyyychummm, leyychummm ulalalala", Rika bersin. 

Tentang Rika, dia rakyat negara bunyi yang tinggal bersebelahan negara melodi. Tanpa bunyi, melodi hanyalah satu perkataan aneh yang tidak punya erti apa-apa. Patutlah masa bersin pun siap ada bunyi. Mengada sungguh.

Rika membuka 'scroll' itu dengan berhati-hati, manalah tahu ada jejentik berkaki lapan yang dia amat takuti bermastautin didalam itu. 'Scroll' tersebut bercahaya berwarna merah seperti LED Blackberry tuan penulis ini. Harap-harap bukan 'mention' dari Twitter.

Dia baca satu satu setiap patah perkataan dekat 'scroll' itu. 'Air Mata Kucing'. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Air mata kucing ini tercipta satu masa dahulu, tak dapat dipastikan bila tarikh dan tempatnya ia wujud. Air ini tercipta apabila Puss yang berkasut mencuba ingin menjadi pelakon utama dalam filem terbaru alaf ini iaitu Kucing berselipar Jepun Osaka.

Berkali-kali dia menghadiri ujibakat tapi sekalipun tak pernah berjaya mendapat bendera hijau dari juri. Tiap kali dia gagal, juri akan berdiri dan menunding jari kepadanya. Puss, kau bukan pelakon yang aku cari ( tiru suara Rosman Nur ).

Tiap kali dia nangis, tiap kali itulah dia menadah airmatanya didalam botol mineral. Sekarang dia sudah banyak koleksi botol yang berwarna warni tudung penutupnya, semua mengandungi airmata kekecewaan.

Tanpa dia sedari, Surek si Hijau Ketiak Bacin mengintai dari celah rekahan dinding rumahnya. Surek ini sengkek, tak berduit serta gila judi. ( Judi adalah haram disisi agama Islam ). Dia punya perancangan ingin mencuri semua botol-botol mineral si Puss. Dapat duit, bolehlah guna untuk bayar duit pusingan kutu. Dia dah janji nak belikan tas tangan Jurulatih buat mak dia.

Sepeninggalan Puss keluar untuk pergi ujibakat, Surek masuk ke rumah Puss dan mencuri semua botol-botol mineral airmata Puss. Dia sempat teguk sedikit bagi menghilangkan kehausan. "Sedap, rasa masin bersoda je", bisik Surek meneguk sampai habis.

Surek menukar perancangan dan menjual airmata Puss selain daripada dia menjual botol mineral. Mak Surek menjual cekodok pisang, manakala dia menjual airmata Puss. Laris sekali jualannya. Dia namakan air itu, 'Airmata kucing'. Maka sejak dari itu, dia akan mencuri airmata Puss setiap kali Puss me'refill airmatanya di dalam botol mineral.

Pelanggan semakin ramai yang menyukai air jualan Surek, sampaikan ada yang sanggup menawarkan  secawan dengan harga satu uncang emas. Surek makin runsing sebab, Puss baru sahaja meninggal akibat kekecewaan gagal ujibakat dan menikam matanya bertubi-tubi dengan pensel mekanikal.

Akibat dari ketiadaan sumber, Surek dibunuh di depan mak dia dengan sadis sekali. Tangannya dicelup kedalam minyak cekodok panas sampai menjadi ranggup.

Sekian.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rika yang tiada perasaan, melempar 'scroll' itu ke sungai berhampiran. Macam sampah katanya. "Aku ingatkan peta harta karun, tapi hanya sebuah cerita klise tentang kesedihan. Tak ubah macam drama di dunia manusia." 

Rika berlalu dan mendakap si Bobi kucing hitamnya dan kembali mengembara semula.